Mediwealth Consultancy

MEET YOUR AMBASSADOR NOW! | NEWS
  • About Us
    • Board of Directors
    • Management Team
  • Avicenna Medical Practitioners Takaful (AVIT)
  • Risk Management
    • For Individuals And Family
      • DEBT PROTECTION
      • INCOME PROTECTION
      • MEDICAL CARD
      • TRAVEL
      • KHAIRAT AND WAKAF
      • MOTOR TAKAFUL AND/OR ROAD TAX RENEWAL
    • For Businesses And Organisations
      • KEYMAN TAKAFUL
      • CO-DIRECTOR TAKAFUL
      • FOREIGN WORKERS COMPENSATION SCHEME
      • EMPLOYEES’ BENEFIT
      • PREMISE COVERAGE
      • MOTOR TAKAFUL AND/OR ROAD TAX RENEWAL
      • (SHORT-TERM) GROUP PERSONAL ACCIDENT (GPA)
      • KHAIRAT AND WAKAF
      • DIRECTORS AND OFFICERS LIABILITY
      • CROP TAKAFUL
      • MARINE HULL
      • COMMERCIAL GENERAL LIABILITY
  • #My-Infaq-Project
  • Contact
  • Home
  • News
  • News
  • Doktor wajib miliki insurans indemniti profesional bermula 2019

Doktor wajib miliki insurans indemniti profesional bermula 2019

Doktor wajib miliki insurans indemniti profesional bermula 2019

by moffzar / Thursday, 21 September 2017 / Published in News

KUALA LUMPUR: Bermula 1 Januari 2019, semua pengamal perubatan sama ada dalam sektor kerajaan atau swasta, diwajibkan memiliki insurans indemniti profesional.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr S Subramaniam, berkata insurans itu bertujuan memberi perlindungan kepada doktor yang berdepan tindakan undang-undang seperti disaman akibat kecuaian ketika bekerja.

Beliau berkata, ketika ini insurans terbabit tidak diwajibkan kepada semua doktor perubatan di Malaysia dan hanya dibuat secara sukarela.

Katanya, mana-mana doktor yang gagal memiliki insurans terbabit selepas 1 Januari 2019, tidak akan diberikan Perakuan Amalan Tahunan (APC), sekali gus tidak layak meneruskan amalan perubatan mereka.

“Bagi doktor yang berkhidmat dengan kerajaan, insurans ini akan ditanggung sepenuhnya oleh kerajaan. Namun, jika mereka ada membuat ‘lokum’ di klinik swasta di luar waktu perkhidmatan, maka mereka perlu mengambil insurans ini.

“Ini kerana kerajaan tidak akan menanggung sebarang pampasan sekiranya berlaku kejadian tidak diingini. Bagi doktor swasta, mereka wajib mengambil insurans ini,” katanya pada sidang media di sini, sebentar tadi.

Pengenalan insurans itu adalah sebahagian daripada pindaan yang dibuat di dalam Akta Perubatan (Pindaan) 2012 dan Peraturan Perubatan 2017. Selain insurans, pengamal perubatan juga perlu mempunyai jumlah mata yang mencukupi dalam Pembangunan Profesional Berterusan (CPD) bagi membolehkan mereka menerima APC bermula 1 Januari 2019.

Subramaniam berkata, tujuan CPD itu adalah bagi memastikan semua doktor sentiasa dilengkapi dengan pengetahuan dan kemahiran selari dengan perkembangan semasa di dalam dunia perubatan.

“Kedua-dua perkara ini iaitu insurans dan CPD perlu disertakan bersama ketika mahu membuat permohonan APC setiap tahun,” katanya.

Dr Subramaniam menjelaskan, pindaan akta itu juga akan menyaksikan fungsi Majlis Perubatan Malaysia (MMC) diperkukuhkan sebagai sebuah entiti korporat yang mempunyai kebebasan dalam melantik penjawat baharu, mewujudkan jawatan baharu, menguruskan dana kewangan serta menjana pendapatan sendiri.

“Selain itu, semua doktor pakar perubatan di Malaysia juga wajib mendaftarkan diri mereka dalam Pusat Pendaftaran Pakar Kebangsaan bermula awal tahun depan.

“Sebelum ini, pendaftaran adalah secara sukarela dan ketika ini terdapat 9,800 doktor pakar yang sudah mendaftar,” katanya.

Source: https://www.bharian.com.my/node/297537

1
  • Tweet

About moffzar

What you can read next

My Say: Preparing for higher cost of becoming an ageing society
Cutting costs, not care
11 youths going bankrupt each day

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Our Partners

 
Takaful Malaysia Berhad (131646-K)
Takaful IKHLAS
Etiqa  Takaful
Archipelago Insurance Limited
MXM INTERNATIONAL SDN. BHD.
Papisma Malaysia
Islamic Medical Association of Malaysia
Islamic Dental Association of Malaysia
Kindness Malaysia
Hidayah Centre
Brainy Bunch
Madrasah Hashimiah
Yayasan Amal Malaysia
Pertubuhan Kemajuan Kanak-Kanak Zurriyat Malaysia
Sisterhood Alliance
 

MEDI-WEALTH CONSULTANCY SDN BHD (1026931–A)

“O believers give of what We have provided for you” (Al-Baqara:254). It is important for our team to contribute to the society in every way we can.

Medi-Wealth Consultancy Sdn. Bhd.
No 03-05-C2,
Jalan Lingkaran Dagang Mas,
Taman Mas,
47130 Puchong,
Selangor

Contact

Tel: 017 300 4981
Tel: 017 300 4982
Email: mediwealthconsultancy@gmail.com
avicenna.mwc@gmail.com
TOP